Friday, 13 December 2013

Bila Kau Tidak Memandang

Kawan,
Ketahuilah biar kita memudar dan menua,
Biar bayu Tuhan meniup kapal hidup kita entah kemana,
Bila kau tidak memandang,
Aku dalam rahsia merenungmu.
Berdoa agar Tuhan menjagamu lebih dari Dia menjagaku dan meminjamkanmu lebih dari
Yang dipinjamkan kepadaku,
Kerana sesungguhnya dimata aku,
Kau selengkap-lengkap manusia,
Kau selayak-layak pencinta,
Kau sebaik-baik kawan,
Kau seindah-indah perempuan.



By wani ardy, the writer of Langit Vanilla.


No comments:

Post a Comment