Mak
Apa yang kau faham tentang mak?
Ya, memang mak yang mengandungkan
kau bawa kau ke hulu ke hilir dengan perut yang memboyot selama 9 bulan.
Ya, memang mak yang lahirkan kau sampai kau dah besar panjang.
Ya, memang mak juga la yang jaga
makan minum kau.
Ya, memang mak juga la yang
sentiasa ada dengan kau masa susah senang.
Kau cerita kat mak masalah kau.
Kau cerita kat mak macam macam walaupun dah masuk 330 kali kau cerita kat mak
benda yang sama tapi mak masih setia dengar apa yang kau cerita.
Tapi
Tapi
Tapi
Pernah tak kau terfikir apa jadi
kat kau kalau mak kau dah tak da lagi?
Pernah tak kau terfikir apa akan
jadi kat kehidupan kau selepas tu?
Tak pernah? Pernahkan.
Baik. Itu pasal mak. Sekarang
pasal ayah.
Bila cakap pasal ayah, aku tak
tau asal hati aku senang je terasa. SENSITIPPPP orang Sarawak madah tek.
Ayah.
Kalau tak da ayah, tak da la kau
kan?
Ayah kerja kuat siang malam sebab
nak pastikan makan minum keluarga dia cukup
Ayah tak kesah kalau ayah tak
dapat beli apa yang dia nak asalkan anak-anak dia dapat apa yang mereka nak.
Ayah juga la yang sentiasa ambik
tahu pasal anak-anak dia. Ayah akan tanya mak pasal anak-anak.
Kau cakap ayah tak sayang kau
sebab ayah selalu marah kau.
Tapi pernah tak kau terfikir
kenapa ayah marah kau?
Ya, sebab kau buat salah dan sebab kesalahan
tu la ayah marah kau. Sebab ayah tak nak kau ulang perkara yang sama sebab ayah
sayang kau.
Kalau mak atau ayah kau marah,
apa kau perlu buat satu je.
DIAM,jangan lawan cakap mereka.
Sebab lambat laun kau akan sedar,
bila mereka dah tak da, suara-suara tu yang kau akan rindu.
Dan masa tu juga la kau nak
menyesal dah tak da guna.
*aku tulis pasal mak ayah sebab
sekarang hujan. Ok,tak da kaitan. Aku tau.
No comments:
Post a Comment